CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Pages

Search This Blog

Wednesday, October 20, 2010

Titipan Doa Seorang Hamba

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Ya Allah..
Seandainya telah engkau catatkan..
Dia milikku tercipta buatku dan pemilik tulang rusukku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku..
Titipkanlah kebahagian antara..
kami Agar kemesraan itu abadi..

Ya Allah Yang Maha Mengasihani..
Seiringkanlah kami melayari hidup ini..
Ketepian yang sejahtera dan abadi..

Ya Allah Yang Maha Mengetahui..
Seandainya telah engkau takdirkan..
Dia bukan milikku dan bukanlah pemilik tulang rusukku...
Bawalah ia jauh dari pandanganku..
Luputkanlah ia dari ingatanku..
Dan peliharalah aku dari kekecewaan..

Ya Allah Yang Maha Mengerti..
Berikanlah aku kekuatan..
Melontar bayangannya jauh ke dada langit..
Hilang bersama senja nan merah..
Agarku memperoleh kebahagiaan..
Walaupun tanpa bersama dengannya..

Ya Allah Yang Maha Agung..
Gantikanlah yang telah hilang..
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah..
Walaupun tidak sama dengan dirinya..

Ya Allah Ya Tuhanku..
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu..
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan..
Adalah yang terbaik buatku..
Kerana Engkau Maha Mengetahui Segala yang terbaik buat hambaMu ini..

Ya Allah Yang Maha Pengampun..
Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku..
Di dunia dan di akhirat..
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini..
Jangan Engkau biarkan aku sendirian..
Di dunia ini mahupun di akhirat..
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran..

Ya Allah Yang Maha Pemurah..
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yg beriman..
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup..
Ke jalan yang Engkau redhai..
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh

Ya Allah Yang Maha Besar...
Aku tiada daya upaya untuk melakukan semua ini...
Melainkan dengan keizinan Engkau..
Engkau redhakan aku di atas takdir qada' dan qadarMu..
Tiada yang ku harapkan melainkan Engkau...
Tetapkanlah dan peliharaan iman kami Ya Allah..
Semoga Engkau mengurniakan kami cahaya pentunjuk dan iman kepada kami...
Agar kami di tempat dikalangan orang-orang beriman dan Engkau redhai..

Amin Ya Rabba Al Amin...

0 comments: